Thursday, July 30, 2009

rindunye.....

sangat merindui seseorang...namun x tau sampai bile boleh bertahan kerinduan ini terhadap dirinya....

Antara Hati dan Perasaan,antara marah dan sayang,antara benci dan rindu

Soal hati dan perasaan memang sukar untuk dimengertikan...apatah lagi kalau melibatkan soal emosi dalaman yang seringkali membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan dan pegangan...kadangkala kita cube untuk menidakkan perasaan rindu yang teramat sangat pada seseorang yang mana kenyataannya kita amat merindui suaranya, senyumannya, gelak tawa riangnya, tingkahnya yang kadangkala mencuit hati dan tersimpan terus di dalam memori......lebih perit lagi seandainya orang yang kita dampingi itu belom ada kepastian boleh bersama untuk mengharungi suka duka kehidupan seterusnya....

Marah kerana sayang, marah pada diri sendiri kerana terlanjur menyayangi seseorang yang mungkin tidak boleh menerima diri ini...

Benci pada seseorang kerana membuatkan diri ini terlalui merinduinya pada setiap saat masa yang berlalu..