Sunday, January 1, 2012

Finally 2012


2 tahun aku tinggalkan ruangan luahan rasa, lipatan masa untuk blog ni...dan nampaknya 2012 aku mula menjengah kembali ruangan yang aku rasakan suatu masa dulu merupakan tempat untuk menzahirkan apa yg terpendan, apa yang tersimpan.

Azam begitu sinonim dengan tahun baru.......tapi aku dah lupe ape azam aku tahun lepas dan x sure da tercapai atau belum.

Jadi aku akan semadikan azam 2012 dalam ni dan aku akan ingat sampai akhir tahun......azam tahun 2012

"X MAU TINGGAL SOLAT"

Saban tahun mencuba untuk melaksanakan tiang agama ni dengan sempurna dan nampaknya masih susah untuk aku merasakan perasaan takut meninggalkan solat.....pernah merasainya namun tempohnya terlalu pendek....hanya 2 atau minggu sahaja, dan kemudiannya akan kembali seperti sebelumnya.

Dengan usia yang dah semakin meningkat, kudrat semakin kuat tapi iman..............masih tertinggal dibelakang dan kadang2 hilang dalam kegelapan.

Walauapapun semua terletak pada diri aku sendiri, aku akan terus berusaha lagi...doakan semoga aku cekal dan kekal dengan apa yang dibekalkan............