Sunday, September 6, 2009

How to express appreciation ?

Adakah setiap pengorbanan menuntut balasan? Tidak ikhlaskah seseorang itu sekiranya memberi dan mengharapkan balasan? bagaimana pula dengan keikhlasan seseorang itu di ukur sekiranya pengorbanan yang dilakukan mengharapkan balasan yang sewajarnya?...bukan berlebihan tetapi sekadar meminta apa yang mampu diberikan...bukan wang ringgit, harta atau benda....hanya sentuhan yang mampu membuatkan hati seseorang itu tersentuh tanpa perlu dengan kata2 yang manis yang lebih dari gula, namun kenyataannya lebih pahit dari hempedu.

SENTUHAN yang ikhlas ditambah pula dengan perasaan kasih yang dialirkan melaui sentuhan itu seringkali membuatkan hati seseorng akan lembut dan meninggalkan kesan yang mendalam tanpa mengenal perbezaan warna kulit atau pun jantina ( yang muhrim je la ek )

Cuba kita bayangkan situasi dimana kita dapat pemberian ( hadiah ) dari ibu/ayah (sebagai contoh - handphone yang di idam2kan) apa tindak balas anda once dapat hadiah n bukak hadiah tu depan diaorang? just ucapkan TERIMA KASIH? or terus peluk diaorng or just cium tangan dan ucapkan terima kasih ? Cuba kita bayangkan berada di tempat orang yang memberi dan apakah balasan yang anda harapkan? (semestinye bukan mengharapka balasan wang ringgit)......... sekiranya hanya ucapan TERIMA KASIH.....adakah cukup tersentuh hati anda? pastinya hati akan meronta2 untuk dapatkan lebih daripada itu bukan? ........cuba bayangkan pula seandainya kita dapat pelukan dan juga ciuman kasih di tangan atau pipi beserta ucapan TERIMA KASIH....tentunya memberikan banyak perbezaan dari segi emosi dan juga sentuhan di dalam hati......akan rase lebih dihargai dan juga lebih disayangi....hurrmmm..stuju?

Jadi sementara masih ade lagi ruang dan peluang untuk kita menzahirkan balasan yang boleh menyehtuh hati dan perasaan orang yang kita sayang .... gunekanlah sebaiknya....bercakap untuk diri sendiri jugak nie..sambil ingat-mengingati.....